Drama Tukar Tukar Menu (2017) TV3

Sinopsis Drama Tukar-Tukar Menu

Tajuk : Tukar-Tukar Menu
Mula Tayangan : 29 Mei 2017
Masa : Isnin-Khamis, 12.30 Tengah Hari
Siaran : TV3
Terbitan : Jutaan Ringgit Sdn Bhd
Jumlah Episod: 16

Pelakon : Izreen Azminda, Chef Fikree, Norlia Ghani, Muntazar Ghani, Baby Sofea, Syamim Razi, Zee Zainal, Fiza Halim, Annie Arifin, Ziema Din, Noreen

SINOPSIS TUKAR-TUKAR MENU
Mengisahkan Khatijah atau Cat (Izreen Azminda) terpaksa pulang ke kampung bagi menjaga ibunya Mak Ati (Norlia Ghani) yang diserang angin ahmar.

Di kampung Cat terjumpa semula bekas kekasihnya iaitu Cef Shak (Cef Fikree). Ketika itu masing-masing dengan status janda dan duda anak satu.

Pada mulanya Cef Shak mengelak untuk berjumpa Cat kerana teringatkan peristiwa lama dia ditinggalkan Cat semata-mata memilih lelaki mat salih sebagai calon suami.

Namun, Cat tetap berusaha memujuk dan menambat hati Cef Shak semula.

Dipaparkan juga bagaimana Cat dan Cef Shak setiap hari menyediakan menu berbeza dan diberikan kepada jiran mereka.

Tonton Tukar Tukar Menu Full Episod

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16