Drama Awak Suka Saya Tak (2017) Astro Ria

Awak Suka Saya Tak

Tajuk : Awak Suka Saya Tak
Mula Tayangan : 25 September 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 123
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Jumlah Episod: 16

Pelakon : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Raden Ahmad Faizal, Kael, Fieza Jolie, Aman Aziz, Mustapha Kamal, Susan Manen, Angeline Tan, Joyce Harn, Michelle Tan, Jesse Lim dan ramai lagi

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK
Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia. 

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

Tonton Awak Suka Saya Tak

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16