Sebanyak 12 buah lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu 31 setelah berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Kesemua lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 31 dinilai oleh barisan juri professional iaitu Johan Nawawi, Habsah Hassan, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Yassin Sulaiman, AG Coco dan Azlan Typewriter dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri. Kebanyakan lagu yang layak pada AJL 31 kali ini adalah lagu popular dan bakal memperlihatkan kemunculan bekas pemenang Vokal Terbaik AJL terdahulu iaitu Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Black dan Misha Omar. Antara wajah baru yang bersaing di pentas AJL seperti Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Elizabeth Tan, Syamsul Yusof dan kumpulan Projector Band. |
Hiburan