Drama Tak Ada Cinta Sepertimu (2018) Astro Ria

Drama Tak Ada Cinta Sepertimu

Tajuk : Tak Ada Cinta Sepertimu
Mula Tayangan : 12 Mac 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm
Siaran : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Jumlah Episod: 16

Pelakon : Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson, Haleeda, Ardell Aryana

LAGU TEMA / OST 
Marsha Milan - Hilang

SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU
Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.

Tonton Tak Ada Cinta Sepertimu

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16